Ayo ikut serta bersedekah dalam program wakaf tanah Timur Pondok Putri 1 Ponpes Al Ukhuwah Sukoharjo Jawa Tengah. , ...Selagi masih ada kesempatan... ✅ Luas tanah keseluruhan : 1.790 m2 ✅ Harga per meter : Rp. 531.000 ✅ Harga tanah keseluruhan : Rp 950.000.000 ✅ Donasi yang sudah terkumpul : Rp. 12.596.500 ✅ Kekurangan dana : Rp.937.403.500 Donasi wakaf bisa disalurkan dengan cara: A. Datang langsung ke kantor Ponpes Al Ukhuwah Mranggen RT 3/RW III, Kel. Joho, Kec./Kab. Sukoharjo, Jateng.. B. Melalui rekening : 1. BNI Cab. Slamet Riyadi, Solo No. Rek. : 0388645801 a.n. Pondok Pesantren Al Ukhuwah Sukoharjo 2. Bank Muamalat ( Kode Bank 147 ) No. 7560.10.0123456789 Virtual Account a.n. Wakaf Al Ukhuwah Setelah kirim, mhn konfirmasi via SMS/WA ke no HP bendahara Ponpes 0813 9251 5455 (Muflih AMB) dengan format : Wakaf/Nama/Alamat/Jumlah/Rekening Contoh: Wakaf/Abdulloh/Papua/Rp 1.000.000,-/BNI Info : Ust Ali Mukti 0852 3508 4141 / www.alukhuwah.com Selamat berpanen raya pahala ratusan tahun insyaAllah, meskipun umur Anda hanya puluhan tahun!

KELAHIRAN RASULULLAH

KELAHIRAN RASULULLAH

EMPAT PULUH TAHUN SEBELUM DIUTUS

Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam penghulu para Rasul telah dilahirkan di Syuaib Bani Hashim di Makkah pada pagi hari Senin 9 Rabiulawwal dipermulaan Tahun Gajah, dan tahun ke empat puluh dalam pemerintahan Raja Kisra Anu Syirwan bersamaan 20 atau 22 April tahun 571 Masihi mengikut perkiraan Ulama Agung Muhammad Sulaiman al-Mansurpuri dan pentahqiq Falak Mahmud Basya. Ibn Sa’d meriwayatkan bahawa ibu Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam menceritakan: ” Ketika ku melahirkannya, satu cahaya telah keluar dari farajku, menerangi mahligai-mahligai di negeri Syam” , periwayatannya hampir sama dengan apa yang diriwayatkan oleh al-Irbadh bin Sariah. Beberapa irhasat (petanda-petanda) kebangkitan seorang rasul telah berlaku beberapa ketika,
sebelum kelahiran Rasulullah, di antaranya runtuhan empat belas anjung dewan Kisra Parsi, terpadamnya api yang disembah penganut agama majusi, robohnya gereja-gereja di sekitar Tasik Sawah yang sebelum ini penuh sesak dengan para pengunjung. Ia diriwayat oleh alBaihaqi. Tetapi tidak dipersetujui oleh Muhammad al-Ghazali.
Sebaik sahaja Baginda dilahirkan, ibunya Aminah segera memberi tahu kepada datuk Baginda Abdul Mutalib, mengenai perkhabaran yang baik itu, dengan itu Abdul Mutalib terus mengambil dan membawa Baginda kedalam Ka’bah, untuk berdoa dan bersyukur kepada Allah, beliau telah memilih nama “Muhammad” sebagai nama kepada cucunya, nama itu tidak pernah dinamakan kepada siapa pun oleh bangsa Arab sebelum ini, Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wa sallam telah berkhitan ketika berada di dalam kandungan ibunya lagi. Penyusuannya yang pertama selepas ibunya, ialah daripada Thuwaibah hamba Abu Lahab bersama anaknya bemama Masruh dengan itu beliau menjadi saudara sepenyusuan dengan Baginda, sebelum ini Thuwaibah juga telah menyusukan Hamzah bin Abdul Mutalib selepas beliau Abu Salamah bin Abdul al-Asad al-Makhzumi.

 

DIPERSADA BANI SA’AD

Mengikut resam bangsa Arab Hadhar (bandar), bahwa usaha memperolehi penyusu-penyusu untuk anak-anak mereka dari pendalaman, sebagai usaha mencegah dari penyakit-penyakit yang terdapat di bandar, di samping menguatkan pembinaan jasad anak-anak, mengemaskan otot-otot, malah ianya juga sebagai cara untuk membantu lisan bahasa Arab dengan Bahasa yang baik sejak dalam buaian lagi, untuk itu Abdul Mutalib telah berusaha mencari penyusu-penyusu untuk Rasulullah, dengan itu beliau menyerahkan Muhammad kepada Bani Sa’ad bin Bakr, yaitu Halimah binti Abi Zuaib suaminya dikenali sebagai al-Harith bin Abd al-Qira bergelar Abu Kabsyah dari Qabilah yang sama. Adapun saudaranya yang sepenyusuan di Bani Sa’ad adalah Abdullah bin al-Harith, Anisah binti al-Harith, Huzafah atau Jazimah binti al-Harith (iaitu al-Syaima’, gelarannya lebih di kenali, beliaulah yang mengasuh Rasulullah, dan Abu Sufian Ibn al-Harith bin Abdul Mutalib, anak bapaK saudara Rasulullah itu pun sepenyusuan dengan Baginda juga.

Bapak saudara Rasulullah Hamzah bin Abdul Mutalib pun pernah menyusu di Bani Sa’d bin Bakr, maka Hamzah menjadi saudara sepenyusuan dengan Rasulullah dari dua orang ibu; Thuwaibah dan Halimah al-Sa’diah, kerana ibu susuan Hamzah di suatu hari telah memberi susuannya kepada Rasulullah. Semasa Baginda bersama Halimah, beliau telah menyaksikan banyak keberkahan-keberkahan Rasulullah. Ibnu Ishaq telah menyebut: Halimah telah berkata yang dianya telah keluar dari kampung bersama suaminya dan disertai oleh anak kecil yang masih menyusu, beliau keluar Bersama-sama wanita-wanita Bani Sa’d, dalam rangka mencari anak-anak susuan dengan katanya: Ini
berlaku di tahun kedua di mana kami tidak memiliki apa-apa pun katanya lagi: Aku telah keluar dengan menunggangi kaledai betina “Qamra” panggilannya, bersama kami unta-unta, demi Allah unta kami itu tidak mengeluar susu setitik pun. Malah pada masanya kami tidak dapat tidur kerana anak kecil kami menangis disepanjang malam lantaran kelaparan, dadaku tidak dapat mengenyangkan, unta kami tidak dapat memberi makanan, namun demikian kami masih tetap mengharapkan hujan, daku keluar dengan kaledai betinaku itu, hingga pecah-pecah dan berdarah kaki karena muatan berat, seluruh yang bermusafir itu terasa berat, lemah dan kekurusan, akhirnya sampai juga kami di Kota Makkah mencari anak-anak susuan, setiap dari kami telah diajukan Rasulullah untuk penyusuannya maka setiap orang pula menolaknya yaitu apabila diceritakan tentang keyatimannya, karena setiap kami sebagai ibu susu mengharapkan budi baik dari si bapak, setiap kami menyebut-menyebut yatim!! Apa yang akan boleh dilakukan oleh si ibu dan si datuknya maka setiap kami membencinya kerana keyatimannya. Setiap yang datang bersama denganku telah membawa pulang bayi susuannya kecuali aku seorang sahaja bila kami telah bersiap untuk pulang, ku pun menyebutkepada suamiku: Demi Allah aku tidak sukalah untuk pulang bersama-sama dengan teman-temanku yang lain tanpa membawa bersamaku seorang bayi susuan pun, demi Allah aku mesti ambil si yatim tadi. Jawab suamiku: tidak mengapalah untuk kau berbuat demikian, semoga Allah juga akan memberikan kita keberkatan kerananya. Katanya! Aku pergi ambil si yatim itu,
yang mendesak ku mengambilnya, karena tidak ada yang lain untuk ku ambil, katanya, setelahku dukung ke tunggangan ku, dan sebaik sahaja ku letakkannya ke ribaku, terasa dadaku dipenuh susu, maka si yatim pun menghisapnya hingga puas, saudaranya pun menyusu juga hingga puas dan tertidur, sebelum ini kami tidak pernah tidur bersamanya, kemudian suami ku pergi ke unta kami, dan didapati uncang susunya penuh dengan susu, beliau memerahnya lalu di minumnya dan diberi kepada yang lain-lain kiranya kami semua puas dan kenyang, malam itu
kami dapat tidur dengan nyenyak, Halimah berkata: Suamiku telah berkata bila kami bangun di pagi harl: Demi Allah, tahu tak wahai Halimah, sebenarnya tiupan bayu keberkatan mula menghembus nafasnya, kata Halimah: Ku menjawab: Demi Allah sesungguhnya ku mengharapkan demikian, dan katanya lagi: Setelah itu kami pun bergerak keluar dari daerah Makkah, aku menunggangi kaledai betina ku itu, di atasnya juga ku membawa Rasulullah, demi Allah binatang tungganganku merentasi perjalanan kiranya tidak dapat disaingi oleh kaledai-kaledai mereka yang lain, hinggakan teman-teman ku yang lain, tertanya-tanya dan berkata: Wahai puteri Abu Zuaib apa kamu ini? perlahanlah sedikit, tidakkah tunggangan kamu itu yang naik ke sini dulu, jawabku kepada
mereka: Bahkan demi Allah yang itu itulah: jawab mereka: Demi Allah, ianya ada keistimewaan, kata Halimah: Setelah itu kami semua pun sampailah ke kampung kami yaitu persada Bani Sa’ad, Aku tidak pernah melihat sebuah bumi yang paling kontang dari bumi Bani Sa’d, namun setelah kami pulang dari mengambil bayi susuan kami itu nampaknya kambing-kambing kami sarat perut kekenyangan, uncang-susu dipenuh susu, kami memerahnya dan meminumnya, sedang ternakan orang lain tetap tidak menghasilkan setitik susu pun, uncang susu kekeringan,
menyebabkan penduduk-penduduk yang lain menyuruh peternak-peternak mereka dengan berkata: Binasa kamu, cobalah bawa ternak-ternak ke tempat yang selalu puteri Abu Zuaib berternak itu, namun kambing-kambing mereka tetap kelaparan tidak mengeluar walau setitik susu pun, sedangkan ternak kami kekenyangan uncangnya sarat dengan susu. Beginilah seterusnya kami terus menerima limpahan karunia dari Allah hingga berlalu dua tahun umur Baginda di mana Baginda pun tinggal susu, Baginda membesar tidak seperti kanak-kanak lain, seblum sampai usia dua tahun Baginda telah menjadi besar segar, kata Halimah: Setelah beberapa masa kami bawa Baginda pulang kepangkuan ibunya, walau macam mana pun kami tetap prihatin agar Baginda terus tinggal bersama kami, kerana kami dapat menikmati keberkatannya, untuk itu kami pun mengemukakan harapan ini kepada ibunya, dan ku berkata kepadanya: Kalaulah puan benarkan anakku ini terus tinggal bersamaku hingga meningkat tampan, pun ada baiknya, kerana ku takut wabak-wabak di Makkah akan menyeranginya nanti, katanya lagi. Masih lagi kami merayu-rayu hingga ibunya pun membenarkannya pulang bersama kami. Demikianlah halnya Rasulullah kembali tinggal kepangkuan Bani Sa’ad, hinggalah apabila Baginda meningkat empat atau lima tahun, di mana berlakunya peristiwa pembedahan dada Baginda, Imam Muslim telah meriwayatkan sebuah hadith dari Anas radhiyallahu anhu bahwa Rasulullah telah didatangi Jibril alaihis salam, di ketika Baginda sedang bermain-main dengan anak-anak lain, Jibril memegang Baginda dan merebahkannya lalu dibelah dadanya dan dibawa keluar hati dan dikeluarkan segumpal darah dari dalamnya, dengan berkata: Inilah bahagian tempat syaitan bersarang, setelah itu dicucikan hati Baginda di dalam sebuah talam emas dengan air Zamzam
setelah itu disembuhkan semula badannya dan dibawa semula Rasulullah ke tempat anak-anak tadi, manakala anak-anak lain berlarian pergi menemui ibunya Halimah menceritakan, dengan
kata mereka, “Muhammad telah dibunuh”. Apabila mereka menemuinya semula didapati Baginda kepucatan.

 

Sumber Artikel : Ar- Raheeq Al- Makhtum, Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy, Hal 20 -23.

 

Pesantren ”Al Ukhuwah” Joho Sukoharjo.

Selasa, 11 Ramadhan 1438 H / 6 Juni 2017 M.

You May Also Like